Friday, August 21, 2009

KENALI RAKAN ANDA

Mohd Shazli Mohd Zaini
Leeds, West Yorkshire, United Kingdom
Belajar di SMK Sungai Pusu, Gombak ( 2000 - 2002 ) dan ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) . Kemudian, melengkapkan pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) selama dua tahun sebelum menuntut di Leeds University,UK untuk pengajian ijazah pertama dalam bidang perakaunan dan undang-undang (BA Accounting and Law) di School of Law dan Leeds University Business School.Mohd Shazli Zaini mendapat pendidikan awal di SRK Taman Keramat dan SK Dato' Keramat. Kemudian menyambung pelajaran di SMK Sungai Pusu, Gombak dan ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) . Kemudian, melengkapkan pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) selama dua tahun sebelum menuntut di Leeds University,UK untuk pengajian ijazah pertama dalam bidang perakaunan dan undang-undang (BA Accounting and Law) di School of Law dan Leeds University Business School.

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU KEMANUSIAAN DAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN 2009

TARIKH : 21 OGOS 2009
MASA : 0745 - 1230
TEMPAT : DEWAN MUTIARA BESTARI



Wednesday, August 19, 2009

SALAM RAMADHAN

Ramadan alMubarak
riuh sepi dingin dinihari
kumamah kalimah mengharap redha Illahi
sepajang hari meletakkan zahiri dan batini
di atas waras iman dijelajahi
~~~~~~~
kujelajahi kegelisahan yang dahaga
letih meniti hari mengutuh peribadi
tangkas menepis serangan sendiri
musuh dan lawan mengharum suci
~~~~~~~
ketika siap berbuka
kemenangan pula dahagakan cabaran lain
tarawih dan witir menjelmakan insan fakir
khusyuk patuh tunduk ke langit
~~~~~~~
ramadan almubarak
semarak kasih Illahi tak kemarau
gemuruh iman menakluk cahaya pedoman
hari-hari melayari kehidupan.
Nukilan : HASYUDA ABADI

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR & SPM

Peperiksaan percubaan untuk calon-calon PMR dan SPM sedang berlansung sekarang.

Buat habis baik !!!! Good Luck.

Friday, August 14, 2009

Facebook Group - Anak-anak Pusu


Ini ada satu lagi yang cikgu terjumpa " Anak-anak Pusu ".
Kalau ada antara anda yang ada maklumat-maklumat lain yang nak dikongsikan, dipersilakan, hubungi cikgu aibiwai.

Friendster Group

Dalam perkembangan sekarang sukar untuk menafikan penglibatan para pelajar dalam "program social network" seperti facebook, hi5, friendster, dll. Walau bagaimanapun penglibatan para pelajar dalam program seperti ini mestilah menjurus ke arah kebaikan.
Dalam pencarian cikgu, cikgu terjumpa "Group friendster ++ SMK Sungai Pusu ini.

Tuesday, July 28, 2009

Kejayaan SMKSP di Peringkat Kebangsaan

SMKSP mencatat kejayaan di peringkat kebangsaan apabila pelajar ASPURI tingkatan 5 Nur Zaffan bt Ariffin mendapat NAIB JOHAN PIDATO BAHASA INGGERIS dalam pertandingan ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG (ASAT) 2007 bertempat di Kuala Lumpur pada 24 - 26 Julai yang lalu.
Tahniah buat yang berjaya, serta Cik Junainah selaku guru pembimbing dan guru pengiring.

Tuesday, July 14, 2009

KEM KECEMERLANGAN BAHASA ARAB PMR 2009

Panatia Bahasa Arab dengan kerjasama Persatuan Bahasa Arab UIAM telah berjaya mengadakan "Kem Kecemerlangan Bahasa Arab PMR 2009" pada 10 - 12 Julai 2009 bertempat di SMK Sungai Pusu. Kem ini turut disertai oleh 5 buah sekolah sekitar daerah Gombak.

Sunday, June 28, 2009

SMKSP@.....

Bila kita gunakan akronim SMKSP, kita selalu terjemahkannya kepada SMK Sungai Pusu, iaitu sekolah yang kita banggakan. Dalam 'post' kali ini cikgu ingin berkongsi dengan guru-guru dan pelajar-pelajar semua, bahawa SMKSP merupakan akronim yang digunakan oleh banyak sekolah di negara kita ini. [ edit 26.07.09 ]


1. SMK SERI PAGI [NEA4106] Senawang, Negeri Sembilan.
2. SMK SERI PAKA [TEA1040]
3. SMK SERI PANCHING [CEA4073] Kuantan, Pahang.
4. SMK SERI PANTAI [KEA2185] Alor Setar, Kedah.
5. SMK SERI PANTAI [WEB0229] Kuala Lumpur.
6. SMK SERI PAYONG [TEA4020]
7. SMK SERI PEKAN [CEA5074]
8. SMK SERI PELANGAI [CEA0055]
9. SMK SERI PENGKALAN [MEB0077]
10. SMK SERI PERAK [AEA5073]
11. SMK SERI PERKASA [AEA5081]
12. SMK SERI PERLING [JEA1050]
13. SMK SERI PERPATIH [NEA6003]
14. SMK SERI PINANG [JEA8010]
15. SMK SRI PERAK [AEA3039]
16. SMK SRI PERHENTIAN [JEB6012]
17. SMK SRI PERMATA [BEA8602] Petaling Jaya, Selangor.
18. SMK SRI PUTERI [AEA2057]
19. SMK SRI PUTERA [AEA2059]
20. SMK SEBERANG PERAK [KEA2094] Alor Setar, Kedah.
21. SMK SEMERAH PADI [YEA1309]
22. SMK SIMPANG PULAI [AEA2052]
23. SMK SG PAOH [YEE6101]
24. SMK SUNGAI PARI [AEB2058]
25. SMK SUNGAI PASIR [KEA3106]
26. SMK SUNGAI PELEK [BEB9651]
27. SMK SUNGAI PINANG [DEA6361]
28. SMK SUNGAI PUTERI [CEA8028]
29. SMK SUNGAI PUSU [BEA7616] Gombak, Selangor.
30. SMK ST PAUL [XFE6056]
31. SMK ST PAUL [NEB4090]
32. SMK ST PATRICK [XFE3044]
33. SMK ST PATRICK (M) [KEB5028]
34. SMK ST PATRICK [XFE6101]
35. SMK ST PATRICK [YFB3401]

Sunday, June 14, 2009

Kejohanan Bowling Piala PPD Gombak


Kejohanan telah berlangsung semalam ( 13 Jun 2009 ) di Pusat Bowling Selayang Mall. SMK Sungai Pusu telah diwakili oleh En. Ibrahim Yaacob, En. Mohd Fadly Nordin, En. Norfazamin Zakaria dan Pn. Norazian Rona. Kesemua peserta telah menunjukkan kehebatan masing-masing.

Friday, June 12, 2009

Guru tonggak utama realisasikan 1Malaysia

Guru tonggak utama realisasikan 1Malaysia

KENINGAU 5 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, guru mempunyai peranan paling utama untuk menanam dan menyemarakkan semangat 1Malaysia di kalangan generasi muda khususnya di peringkat sekolah rendah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, tugas guru bukan sekadar mengajar tetapi berperanan menerapkan nilai perpaduan, patriotisme dan penerimaan antara kaum.

"Guru akan menjadi penyumbang utama kepada kejayaan kita dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia seperti mana yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Anak-anak perlu dididik agar menghargai kemajmukan di negara ini dan menerima antara satu sama lain sebagai warganegara," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru Ke-39 Peringkat Negeri Sabah 2009 di Sekolah Menengah Ken Hwa di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, tugas untuk menyemai semangat tersebut memerlukan komitmen yang tinggi serta tidak berbelah-bahagi di kalangan para guru.

Jelasnya, seiring dengan tugas serta peranan yang dipikul oleh guru, kerajaan akan melakukan yang terbaik bagi membalas jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai itu.

Antaranya, kata beliau, ialah menyediakan kemudahan serta insentif kepada guru, serta yang terbaru dengan menambah kuota guru cemerlang bagi guru siswazah dan bukan siswazah.

Beliau percaya, melalui bantuan sistem pendidikan kebangsaan sedia ada, generasi 1Malaysia mampu dilahirkan sejajar dengan matlamat untuk melahirkan modal insan cemerlang.

"Dengan adanya keseimbangan antara ekuiti dan kualiti pendidikan serta kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan, saya percaya sistem pendidikan kita mampu menyumbang kepada gagasan 1Malaysia," katanya.

Muhyiddin seterusnya menarik perhatian hadirin dengan mendedahkan bahawa beliau sebenarnya pernah menjadi guru sementara di Sekolah Menengah Mohd. Yassin di Muar, Johor, milik bapanya.

''Apa yang melucukan sehingga kini saya masih dipanggil cikgu. Apa yang pasti, sekali kita jadi guru, walaupun hanya sepenggal, selama-lamanya kita akan menjadi guru," ujarnya berseloroh

Utusan Online 6/6/09

Saturday, May 30, 2009

Musim Cuti, Hari Kecemerlangan dan Musim Kahwin

Cuti sekolah dah bermula hari ini. Musim yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan pelajar dan guru,... untuk berehat. Tapi bagi pelajar ting. 3 dan 5 terpaksalah berkorban sikit demi meraih sebuah kejayaan.

Cuti sekolah ini juga memberi peluang terbaik untuk menguruskan majlis kenduri kahwin, khasnya buat guru-guru. Termasuklah Cik Norhashimah kita yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 6 Jun ini di Kelantan. Kami warga SMKSP mengucapkan "Selamat Pengantin Baru".

Bukan setakat itu sahaja, anak-anak kelahiran SMKSP juga dah ada yang mendirikan rumah tangga. Masihkah anda ingat akan gadis comel Badriyatul Munirah, Esok 31 Mei adalah hari menamatkan zaman bujangnya. TAHNIAH ! Tak lama lagi akan lahir cucu-cucu SMKSP. Maklumlah dah sedekat usiamu SMKSP.

Hari ini diadakan, Majlis Anugerah Kecemerlangan 2009. TAHNIAH, buat pelajar yang berjaya. Tidak ketinggalah juga kepada panitia-panita yang menerima anugerah pada hari ini. Apa yang lebih menarik ialah Anugerah Guru Setia untuk guru-guru yang sudah sedekat (seusia) berkhidmat di SMKSP sejak tahun 1999. Antaranya ialah Pn. Hjh Noraizan, Pn. Hjh Muslimah, Pn. Maizatul Hasniah, Pn. Azrin Azrina, Pn. Rahmah, Pn. Rosmani, Us. Wan Baharuddin.

Wednesday, May 27, 2009

Kursus Team Building & Relationship






Bertempat di Teratak Hijjaz, Sungai Merab, semua guru dan staf SMK Sungai Pusu telah berkumpul untuk mengikuti Kursus Perkembangan Staf yang dianjurkan oleh PIBG SMK Sungai Pusu dengan kerjasama Unit Perkembangan Staf dan Badan Kebajikan Staf SMK Sungai Pusu.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini iaitu pada 15 - 16 Mei 2009 ini dilihat sebagai satu titik mula yang merangsang ke arah pembentukan satu "team building" dan hubungan yang baik dan positif di kalangann guru dan staf.

Semoga objektif kursus akan tercapai.

Monday, May 25, 2009

Demam 'Exam'



Musim peperiksaan pertengahan tahun dah hampir ke penghujung. Bagi pelajar-pelajar masa inilah nak 'sibuk' membaca. Mudah-mudahan berjayalah hendaknya. Tapi.....

bagi guru-guru bila habis 'exam' belum boleh merdeka lagi. Kena bersengkang mata lagi nak semak kertas, bagi kertas objektif mungkin tak le 'tension' sangat. Yang amat berat ialah kertas esei dan subjektif, lebih-lebih lagi BM dan BI. Kalau ajar satu kelas tak pe lagi, tapi kalau 3 kelas atau lebih, hai.... tau-tau je lah. Musim cutipun kena 'marking paper'.

SABAR jelah cikgu !

Thursday, May 14, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari GURU buat semua guru yang sedang berkhidmat
di SMK Sungai Pusu, dan untuk semua guru di Malaysia.

Tuesday, April 21, 2009

Tuan Rumah

SMK Sungai Pusu terpilih untuk jadi tuan rumah @ tempat perlawanan Hoki MSSD Gombak & Kriket MSSN Selangor.

1. Hoki MSSD Gombak - 20 hingga 24 April 2009.

2. Kriket MSSN Selangor - 04 hingga 08 Mei 2009.

Thursday, April 16, 2009

Jom "Join" Blog SMK Sungai Pusu II

Petang tadi cikgu sempat meneroka beberapa blog bekas anak-anak murid sg pusu. Antaranya Nadea Sukarno, Arif Sukarno, Azam Adnan & Ariff El Nur. Maaf le kerana masuk tanpa kebenaran, tapi tak ada tulis "not entry", jadi bolehlah ya...



Kepada mana-mana "ex-student" khususnya yang ada mempunyai blog, harap dapatlah maklumkan ( sama ada melalui email atau chatbox ) untuk dimasukkan dalam blog Smk Sungai Pusu. ( Sila berikan nama , tahun belajar di SMKSP dan URL blog ) Perkongsian bahan & cerita juga amat dialu-alukan. Cikgu @ webmaster/blogmaster boleh dihubungi melalui email smksgpusu@gmail.com


Gambar ini dicopy dari blog Arif El Nur. Dimanakah mereka sekarang?

Jom "Join" Blog SMK Sungai Pusu

Jom "Join" Blog SMK Sungai Pusu.
Kempen ini ditujukan kepada semua guru-guru, bekas guru-guru, pelajar dan bekas pelajar SMK Sungai Pusu. Blog ini akan menghimpunkan blog-blog guru dan pelajar yang sedang / pernah mengajar dan belajar di SMK Sungai Pusu.
Blog ini akan menjadi " jambatan " penghubung ke arah mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita yang "sayang" akan sekolah ini.
Marilah kita sama-sama memartabatkan SMK Sungai Pusu ke arah KECEMERLANGAN.

Tuesday, April 7, 2009

Kursus Membina Blog ( Asas )

Satu Kursus Asas Membina Blog untuk guru-guru dan kakitangan SMK Sungai Pusu yang dianjurkan oleh Unit Latihan ICT SMK Sungai Pusu akan diadakan pada :

Tarikh : 08hb April 2009 ( Rabu )

Masa : 2.30 - 4.30 petang

Tempat : Makmal Bestari SMK Sungai Pusu.

Kepada guru-guru dan kakitangan yang berminat, sila berhubung dengan Pn Edria Nita untuk tempahan tempat dan maklumat lanjut. Kursus ini akan dikendalikan oleh Unit ICT SMK Sungai Pusu.

Monday, March 2, 2009

Mantan Penolong Kanan


27hb Februari 2009 adalah hari terakhir Pn. Hajah Noraizan bertugas di SMK Sungai Pusu sebagai Penolong Kanan ( sejak 1999 ). Mulai 02 Mac 2009 Pn. Hajah Noraizan akan bertugas di SMK Seri Kundang sebagai PENGETUA.


Pesanan Pn. Hajah Noraizan buat guru-guru SMK Sungai Pusu :


Assalamualaikum guru-guru SMKSP yang kukasihi, Kutinggalkan mu dengan bunga-bunga kejayaan yang bakal berkembang mekar.Gubah dan susunlah segala kekuatan untuk menyemarakkan semangat demi merealisasikan visi dan misi yang baru. Saya yakin, kalian yang bernaung di SMKSP mampu mewangikan nama sekolah terutama di daerah ini. Sahutlah cabaran dan terimalah peluang keemasan ini walaupun ia penuh dengan kepayahan.InsyaAllah, jika kalian seperti lidi segenggam, tiada yang sukar untuk dicapai.Terima kasih atas segala kebaikan guru-guru sepanjang saya menabur bakti di sekolah ini (10 tahun 2 bulan).SALAM PERPISAHAN DARIKU......Pn Nor-Penolong Kanan since 1999 - Februari 2009.


Pesanan Pn. Hajah Noraizan buat para pelajar SMK Sungai Pusu :


Assalamualaikum murid-murid SMKSP yang saya kasihi, Selamat maju jaya.....belajarlah dengan penuh keikhlasan dan bersungguh-sungguh.Kalian murid yang berpotensi dan insyaAllah hidupmu akan bermakna jika berilmu.....pesanan dari Pn Nor....ibu.....

Monday, February 9, 2009

30 lagi Sekolah Kluster




ARKIB : 10/06/2008 ( Utusan Online )
30 disenarai sekolah kluster


Oleh HELMI MOHD. FOAD



PUTRAJAYA 9 Jun - Sebanyak 30 sekolah lagi daripada pelbagai aliran telah dipilih bagi disenaraikan sebagai sekolah kluster, menjadikan keseluruhannya sebanyak 60 sekolah sejak ia diperkenalkan pada Mac tahun lalu.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah sekolah kluster akan bertambah setiap tahun sehingga mencapai sasaran 300 sekolah kluster pada 2010.
Beliau berkata, sekolah-sekolah kluster fasa kedua itu turut layak memohon peruntukan khas berjumlah sehingga RM500,000 untuk melaksanakan program dan aktiviti yang telah ditentukan.
''Sehingga April 2008, sebahagian peruntukan telah disalurkan kepada 30 sekolah kluster bagi fasa pertama manakala baki peruntukan akan diturunkan berdasarkan prestasi perbelanjaan semasa setiap sekolah.
''Peruntukan untuk sekolah kluster fasa kedua pula akan diturunkan selepas permohonan sekolah-sekolah tersebut diluluskan,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Panel Penasihat Sekolah Kluster di kementeriannya di sini hari ini.
Pelaksanaan sekolah kluster adalah salah satu fokus utama yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
Hadir sama ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dan Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad.
Menurut Hishammuddin, pada masa yang sama kementerian akan menilai dan meneliti 75 perakuan dan cadangan yang dikemukakan panel penasihat bagi menambah baik dan memperkukuhkan pengurusan serta pentadbiran sekolah kluster di seluruh negara.
''Perakuan dan cadangan ini diperoleh panel penasihat hasil daripada lawatan ke sekolah kluster, perbincangan bersama pemimpin sekolah kluster, serta lawatan ke beberapa buah negara yang melaksanakan konsep mirip sekolah kluster di negara ini.
''Perakuan dan cadangan itu boleh dijadikan panduan kepada pengetua dan gurubesar sekolah kluster serta pegawai di kementerian dalam menjayakan pelaksanaan sekolah kluster ini," katanya.
Beliau berkata, perakuan tersebut juga melibatkan beberapa aspek dan bidang utama termasuk pengurusan am kementerian, kepimpinan dan pengurusan, pengurusan sekolah, guru sekolah kluster, kurikulum, hal ehwal murid dan bidang kebitaraan (niche area).
Selain itu, katanya, ia turut membabitkan prasarana dan iklim sekolah, penglibatan ibu bapa dan masyarakat, jaringan, penaksiran dan pemantauan.
Sementara itu, Hishamuddin berkata, selaras dengan usaha memartabatkan profesion keguruan di negara ini, Jemaah Menteri telah meluluskan pindaan kepada Akta Pendidikan 1996 bagi mengemaskinikan bidang kuasa dan keupayaan kementerian melahirkan pendidik yang berkualiti, cemerlang dan berkebolehan.
''Rang undang-undang ini akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang untuk dibahaskan.
''Antara tumpuan usaha ini adalah menaiktaraf maktab perguruan di seluruh negara kepada Institut Pendidikan Guru (IPG)," katanya.
ARKIB : 09/06/2008 ( Utusan Online )

30 sekolah lagi dipilih sebagai sekolah kluster
09/06/2008 5:12pm

PUTRAJAYA 9 Jun – Kementerian Pelajaran mengenal pasti 30 buah sekolah lagi sebagai sekolah kluster menjadikan jumlah keseluruhannya 60 buah yang dipilih daripada pelbagai aliran sekolah di seluruh negara.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata di sini hari ini, jumlah sekolah kluster akan bertambah setiap tahun sehingga mencapai sasaran 300 buah pada 2010.
- Bernama

Monday, February 2, 2009

Senarai Sekolah Kluster ( 2007 )

1. Sek. Sultan Alam Shah, Putrayaja.
2. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
3. Kolej Tuanku Kurshiah, Seremban.
4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
5. SMS Tengku Muhammaf Faris Petra, Kota Bharu.
6. SMK Penang Free, Pulau Pinang.
7. SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya.
8. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
9. SMK Sultanah Asma, Alor Setar.
10. SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.
11. SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan.
12. SMK Derma, Kangar.
13. SMK Gunung Rapat, Ipoh.
14. SMK Victoria, Kuala Lumpur.
15. SMK St John, Kuala Lumpur.
16. SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
17. SMT Tawau Sabah.
18. SMT Tuanku Jaafar, Seremban.
19. SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu.
20. SMKA Sharifah Rodziah, Melaka.
21. SMKA Al-Mashoor, Pulau Pinang.
22. SK Zainab 2, Kota Bharu.
23. SK Sri Gaya, Kota Kinabalu.
24. SK Infant Jesus Convent, Johor Bharu.
25. SK Sultan Idris 2, Kuala Kangsar.
26. SK Pengkalan Tereh, Kluang.
27. SK Ulu Lubai, Limbang, Sarawak.
28. SJKC Keat Hwa, Alor Setar.
29. SJKT Simpang Lima, Klang.
30. SKPK Alma, Pulau Pinang.

Apa itu Sekolah Kluster ?

LATARBELAKANG - Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.


DEFINISI
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.


TUJUAN
Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.


PELAKSANAAN
Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah;

  • Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  • Panel Penasihat - dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad
  • Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.


KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

  • Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
  • Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
  • Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
  • Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
  • Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) (PIPP, 2006, ms. 119 dan 121)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

  • Prasyarat Pertama
    • Pengukuran Standard Sekolah:
  • Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

  • Prasyarat Kedua
  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
  • Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
      • SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
      • SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
      • SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
      • SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
    • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):
    • Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
    • Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
    • GPS UPSR : 2 dan ke bawah

c. Syarat Pemilihan

  • Kecemerlangan murid dalam aspek:
    • Akademik
    • Kokurikulum
    • Sahsiah
  • Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
  • Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
  • Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
  • Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
  • Keberkesanan pelaksanaan program KPM
  • Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:

  • Langkah 1: Penerimaan pencalonan
  • Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex.
  • Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
  • Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
  • Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
  • Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER

Pemimpin sekolah kluster ialah:

  • Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
  • Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
  • Jawatan: school-based post

Guru-guru sekolah kluster pula:

  • Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
  • Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster.
  • Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
  • Nisbah kelas: guru ialah 1:2

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:

  • Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
  • Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
  • Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah:

  • Berpandukan:
    • Key Performance Indicator (KPI)
      • pengurusan sumber manusia dan fizikal
      • sumber kewangan
      • pembangunan profesionalisme staf
      • program kurikulum dan kokurikulum berkesan
      • lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.
    • TOR Sekolah Kluster

Autonomi Sekolah:
Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:

    • Umum (untuk semua sekolah)
    • Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:

  • Pematuhan piawai yang berikut:
    • Akta Pendidikan 1996
    • Sistem Pendidikan Kebangsaan
    • Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran
    • SKPM

Senarai Bidang Autonomi:

    • Pengurusan Sekolah
    • Pengurusan Sumber Manusia
    • Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
    • Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
    • Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum

Jaminan kualiti:

Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.

Peranan Agensi Lain

Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:

    • Biasiswa
    • Kewangan/Dana
    • Program Kecemerlangan Akademik
    • Program Kecemerlangan Kokurikulum
    • Program Kerjaya

IMPAK SEKOLAH KLUSTER

Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:

Program Kecemerlangan Kokurikulum

  • Program Kerjaya
  • Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar
  • Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
  • Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
  • Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
  • Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
  • Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
  • Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang
    (6.9% daripada 350,000 guru)
  • Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia
Sumber : http://www.moe.gov.my/webdwibahasa/kluster/

Tuesday, January 27, 2009

SMK Sungai Pusu @ Sekolah Kluster

Sekolah bestari dinaik taraf

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
saifulizam.mohamad@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Sekolah bestari akan dinaikkan taraf kepada sekolah kluster jika mencatatkan pencapaian cemerlang dari segi prestasi akademik dan kokurikulum.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, salah satu sekolah bestari yang akan dinaikkan taraf kepada sekolah kluster tidak lama lagi ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di Gombak.
Menurutnya, dengan kesediaan kerajaan membuat perubahan seperti itu, beliau yakin tahap pencapaian bidang pendidikan di negara ini akan lebih maju dan gemilang.
Katanya, jika semua pihak mendokong cita-cita itu dengan bersungguh-sungguh, pencapaian Malaysia boleh dianjakkan sehingga setaraf dengan negara maju.
"Saya berharap pencapaian SMK Sungai Pasu akan dicontohi sekolah-sekolah lain. Mereka berjaya kerana wujudnya kesungguhan daripada semua pihak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sentuhan Kasihan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sungai Pusu dekat sini malam ini.
Dalam pada itu, Hishammuddin meminta semua guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran supaya pelajar di negara ini mendapat pendidikan yang terbaik.
"Inilah tujuannya kita mewujudkan sekolah bestari dan sekolah kluster selain beberapa sekolah yang lain, sebab kita mahu para pelajar cemerlang dalam apa jua bidang.
"Namun begitu, usaha ini tidak akan berjaya jika guru-guru gagal meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, saya menyeru mereka komited melakukannya dengan sebaik mungkin," katanya.

Petikan berita Utusan Online 26hb Januari 2009

Saturday, January 24, 2009

Kejohanan Merentas Desa 2009
















Kejohonan Merentas Desa SMK Sungai Pusu kali ke-10 telah diadakan pada hari Selasa bersamaan 20hb Januari 2009. Para peserta terdiri daripada beberapa kelas iaitu L1 dan P1 ( tingkatan 5 dan 4 ), L2 dan P2 ( tingkatan 3 ), L3 dan P3 ( tingkatan 2 dan 1 ).





Saturday, January 17, 2009

PPSMI

Komentar ini dipetik daripada blog seorang guru...

Cubalah kita renung-renungkan,

" Kenapalah ramai pakat marah kat PPSMI, semua pakat benci kat dia. Kesian. Dulu ramai jugak anak Melayu yang belajar di sekolah aliran orang putih. semua belajar dalam bahasa orang putih termasukkah profesor2 dan orang bijak pandai yang hari ini tak suka pada PPSMI. Anak melayu hari inipun nak pandai jugak, nak jadi orang bijak pandai jugak, dapat bersaing duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain yang memang dah cair orang putih. Supaya nanti kat U tak delah anak melayu terpinggir dek kerana tak mahir orang putih, asyik2 cari buku rujukan dalam bahasa melayu je, dapat dalam bahasa indonesiapun jadilah. Berilah peluang pada anak melayu genarasi hari ini yang bakal menjadi pemimpin masa depan untuk menguasai ilmu sains dan teknologi yang setanding dengan bangsa lain di dunia. tak kan hilang melayu kerana belajar bahasa orang putih. Melayu tetap Melayu, tapi kita tidak perlukan melayu yang hanya pandai bercakap dan menkritik tetapi tak mahu bersama-sama membangun bersama melayu. Sedarlah melayu kini dah jauh ketinggalan, melayu gah kerana masih memegang tampuk kepimpinan negara. kalau tak kerana tu dah lama melayu hilang. tapi sampai bila melayu hanya nak hidup dengan politik. Tak kah kita mahu melayu hari ini dan akan datang gah di bidang kedoktoran, kehakinam, kejuruteraan, ekonomi, dll.Maaflah kerana saya sedih melihat PPSMI yg dicemuh, dipersalahkan, seolah-olah tak ada satu kebaikanpun yang dibawanya. Sedih kerana melayu sendiri yang tak mahu melihat melayu maju. bangsa lain senyum sinis dan bertepuk tangan melihat melayu bertelagah pasal PPSMI, seolah-olah tak ada isu lain yang hendak diperjuangkan. Itulah Melayu mudah lupa....".

Apa pendapat anda setelah membaca komentar ini?

Friday, January 16, 2009

Majlis Makan Malam Sentuhan Kasih


Alamat Perhubungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu
KM 11 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-61861701
Fax : 603-61871512