Monday, March 2, 2009

Mantan Penolong Kanan


27hb Februari 2009 adalah hari terakhir Pn. Hajah Noraizan bertugas di SMK Sungai Pusu sebagai Penolong Kanan ( sejak 1999 ). Mulai 02 Mac 2009 Pn. Hajah Noraizan akan bertugas di SMK Seri Kundang sebagai PENGETUA.


Pesanan Pn. Hajah Noraizan buat guru-guru SMK Sungai Pusu :


Assalamualaikum guru-guru SMKSP yang kukasihi, Kutinggalkan mu dengan bunga-bunga kejayaan yang bakal berkembang mekar.Gubah dan susunlah segala kekuatan untuk menyemarakkan semangat demi merealisasikan visi dan misi yang baru. Saya yakin, kalian yang bernaung di SMKSP mampu mewangikan nama sekolah terutama di daerah ini. Sahutlah cabaran dan terimalah peluang keemasan ini walaupun ia penuh dengan kepayahan.InsyaAllah, jika kalian seperti lidi segenggam, tiada yang sukar untuk dicapai.Terima kasih atas segala kebaikan guru-guru sepanjang saya menabur bakti di sekolah ini (10 tahun 2 bulan).SALAM PERPISAHAN DARIKU......Pn Nor-Penolong Kanan since 1999 - Februari 2009.


Pesanan Pn. Hajah Noraizan buat para pelajar SMK Sungai Pusu :


Assalamualaikum murid-murid SMKSP yang saya kasihi, Selamat maju jaya.....belajarlah dengan penuh keikhlasan dan bersungguh-sungguh.Kalian murid yang berpotensi dan insyaAllah hidupmu akan bermakna jika berilmu.....pesanan dari Pn Nor....ibu.....

2 comments:

.:everything bout me:. said...

sedihnye..
apa2 pun,tahniah pn nor sebab menjadi pengetua..

gonna miss u a lot~~

Ainu Shazwani said...

tahniah buat Pn.Nor..
semoga berjaya sebagai pengetua kelak.

for sure,we all going to miss you a lot.teringat masa time sekolah dulu,minat sangat subjek geografi yg diajar Pn.Nor.bersungguh2 nak dapatkan A utk subjek tu.terima kasih cikgu.

peace be upon you.

Alamat Perhubungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu
KM 11 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-61861701
Fax : 603-61871512