Saturday, May 30, 2009

Musim Cuti, Hari Kecemerlangan dan Musim Kahwin

Cuti sekolah dah bermula hari ini. Musim yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan pelajar dan guru,... untuk berehat. Tapi bagi pelajar ting. 3 dan 5 terpaksalah berkorban sikit demi meraih sebuah kejayaan.

Cuti sekolah ini juga memberi peluang terbaik untuk menguruskan majlis kenduri kahwin, khasnya buat guru-guru. Termasuklah Cik Norhashimah kita yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 6 Jun ini di Kelantan. Kami warga SMKSP mengucapkan "Selamat Pengantin Baru".

Bukan setakat itu sahaja, anak-anak kelahiran SMKSP juga dah ada yang mendirikan rumah tangga. Masihkah anda ingat akan gadis comel Badriyatul Munirah, Esok 31 Mei adalah hari menamatkan zaman bujangnya. TAHNIAH ! Tak lama lagi akan lahir cucu-cucu SMKSP. Maklumlah dah sedekat usiamu SMKSP.

Hari ini diadakan, Majlis Anugerah Kecemerlangan 2009. TAHNIAH, buat pelajar yang berjaya. Tidak ketinggalah juga kepada panitia-panita yang menerima anugerah pada hari ini. Apa yang lebih menarik ialah Anugerah Guru Setia untuk guru-guru yang sudah sedekat (seusia) berkhidmat di SMKSP sejak tahun 1999. Antaranya ialah Pn. Hjh Noraizan, Pn. Hjh Muslimah, Pn. Maizatul Hasniah, Pn. Azrin Azrina, Pn. Rahmah, Pn. Rosmani, Us. Wan Baharuddin.

2 comments:

Pengetua Seri Kundang said...

HAC kali ni sebagai parents ~ Haziq ~ product of smk sg pusu. Dah sedekat aku di sekolah ni..insyaAllah...cipta sejarah di seri kundang lak...tahniah kepada yang dihargai....

Y. Ibrahim said...

Product smk sg pusu sudah menjadi setelah sedekat berlalu

Alamat Perhubungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu
KM 11 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-61861701
Fax : 603-61871512