Tuesday, January 27, 2009

SMK Sungai Pusu @ Sekolah Kluster

Sekolah bestari dinaik taraf

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
saifulizam.mohamad@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Sekolah bestari akan dinaikkan taraf kepada sekolah kluster jika mencatatkan pencapaian cemerlang dari segi prestasi akademik dan kokurikulum.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, salah satu sekolah bestari yang akan dinaikkan taraf kepada sekolah kluster tidak lama lagi ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di Gombak.
Menurutnya, dengan kesediaan kerajaan membuat perubahan seperti itu, beliau yakin tahap pencapaian bidang pendidikan di negara ini akan lebih maju dan gemilang.
Katanya, jika semua pihak mendokong cita-cita itu dengan bersungguh-sungguh, pencapaian Malaysia boleh dianjakkan sehingga setaraf dengan negara maju.
"Saya berharap pencapaian SMK Sungai Pasu akan dicontohi sekolah-sekolah lain. Mereka berjaya kerana wujudnya kesungguhan daripada semua pihak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sentuhan Kasihan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sungai Pusu dekat sini malam ini.
Dalam pada itu, Hishammuddin meminta semua guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran supaya pelajar di negara ini mendapat pendidikan yang terbaik.
"Inilah tujuannya kita mewujudkan sekolah bestari dan sekolah kluster selain beberapa sekolah yang lain, sebab kita mahu para pelajar cemerlang dalam apa jua bidang.
"Namun begitu, usaha ini tidak akan berjaya jika guru-guru gagal meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, saya menyeru mereka komited melakukannya dengan sebaik mungkin," katanya.

Petikan berita Utusan Online 26hb Januari 2009

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah diucapkan kepada SMK .sg .pusu...!!!!!

Ini adalah usaha keras semua pihak yang tidak jemu-jemu meningkatkan tahap kecermerlangan sekolah yang tercinta...Terim kasih kepada semua : >

bekas pelajar 2003->2007

Melle Abadi said...

mohon admin remove saya daripada senarai blogger smksp. harap hormati keputusan saya. terima kasih.

Alamat Perhubungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu
KM 11 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-61861701
Fax : 603-61871512