Saturday, January 17, 2009

PPSMI

Komentar ini dipetik daripada blog seorang guru...

Cubalah kita renung-renungkan,

" Kenapalah ramai pakat marah kat PPSMI, semua pakat benci kat dia. Kesian. Dulu ramai jugak anak Melayu yang belajar di sekolah aliran orang putih. semua belajar dalam bahasa orang putih termasukkah profesor2 dan orang bijak pandai yang hari ini tak suka pada PPSMI. Anak melayu hari inipun nak pandai jugak, nak jadi orang bijak pandai jugak, dapat bersaing duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain yang memang dah cair orang putih. Supaya nanti kat U tak delah anak melayu terpinggir dek kerana tak mahir orang putih, asyik2 cari buku rujukan dalam bahasa melayu je, dapat dalam bahasa indonesiapun jadilah. Berilah peluang pada anak melayu genarasi hari ini yang bakal menjadi pemimpin masa depan untuk menguasai ilmu sains dan teknologi yang setanding dengan bangsa lain di dunia. tak kan hilang melayu kerana belajar bahasa orang putih. Melayu tetap Melayu, tapi kita tidak perlukan melayu yang hanya pandai bercakap dan menkritik tetapi tak mahu bersama-sama membangun bersama melayu. Sedarlah melayu kini dah jauh ketinggalan, melayu gah kerana masih memegang tampuk kepimpinan negara. kalau tak kerana tu dah lama melayu hilang. tapi sampai bila melayu hanya nak hidup dengan politik. Tak kah kita mahu melayu hari ini dan akan datang gah di bidang kedoktoran, kehakinam, kejuruteraan, ekonomi, dll.Maaflah kerana saya sedih melihat PPSMI yg dicemuh, dipersalahkan, seolah-olah tak ada satu kebaikanpun yang dibawanya. Sedih kerana melayu sendiri yang tak mahu melihat melayu maju. bangsa lain senyum sinis dan bertepuk tangan melihat melayu bertelagah pasal PPSMI, seolah-olah tak ada isu lain yang hendak diperjuangkan. Itulah Melayu mudah lupa....".

Apa pendapat anda setelah membaca komentar ini?

8 comments:

Y. Ibrahim said...

Saya menyokong supaya PPSMI dikekalkan.

Anonymous said...

Saya sokong PPSMI dikekalkan .mengapa nak dipinda/dibincang ..Mereka tidak fikir ke nasib pelajar yang belajar kalau nak ditukarkan dalam bahasa melayu balik....tentu mereka pening.. Nanti bila masuk universiti, sains dan mate dalam bahasa English bukan melayu.Lagipun tidak salah belajar dalam english.Mengapala mereka tak habis -habis nak bertikam lidah pasal benada tu.Padahal ada benda lain yang boleh dibincangkan lagi....bilakah melayu nak terus duduk dekat tampuk yang lama...?????....Inilah akibatnya kalau orang melayu malas berfikir ...

alizaarif said...

saya setuju ppsmi dikekalkan untuk kemajuan ank melayu sendiri.janganlah dipersalahkan pelaksaannye.dimasa depan pasti akan mendapat hasil yang baik untuk anak bangsa kitaa

alizaarif said...

saya menyokong ppsmi ini diteruskan.janganlah dipersalahkan kelak ia pasti dapat membantu anak melayu kita sendiri..

alizaarif said...

saya setuju ppsmi ini diteruskan. kelak ia akan membawa kebaikan kpd ank melayu kita sendiri.jangan lah malas berfikir nanti kita juga yang akan rugi.

Unknown said...

For more detail, log on to http://sbgnetwork.blogspot.com

Anonymous said...

saya x setuju ppsmi ditteruskan kerana kebanyakan pelajar hnya belajar kerana peperiksaan, bukan kerana untk memahami sepenuhnya apakah itu konsep sains dan matematik sebenarnya,Kefahaman 3x terhdp konsep tersebut itu lebih penting,secara natural akan dpt mengingatinya untk jangka mase pnjg,bknkah begitu?kalau bertujuan nk kuatkan bhs inggeris melalui ppsmi, baik dimansuhkan,.lebih baik dikuatkan bhs inggeris itu sendiri, barulah msyrkt lebih maju, x kolot,disamping memmpromosikan bahasa ibunda itu sendiri, fikir-fikir kan lah...

Along said...

sy sokong ppsmi dikekalkn..
ia mmg ptot..
kerana bangsa melayu kebnyakkan tidak fsih brbhse inggeris.
ade 1 statement yg sy dpt dr Foreigner dr UIA.
ini statement beliau;
'why are the malays learned the english when they 7 years old until 17 years old, it's almost 11 years, quite yet, they can't speak english fluently?
it's very ashmamed for them because those foreigner who's taking english paper at UIA are zero knowledge about english and shockingly in 2 years, they can master the english better than us! it's only take 2 years for them to master the english!
untuk matematik dn science plk, spe kte xpntg...?
ok fine xpntg tp ble ko msuk overseas Universiti, ko blaja dlm BM ke?
klau dr awl lg xdikenalkan dgn maksudnye, mcm mne kerajaan nk anta pelajar yg cemerlang ke luar negara? ppsmi diwujudkan untuk mermartabatkan bangsa..
bkn untuk menjatuhkan bngse..
xkn kerajaan terlalu bodoh untk melaksanakannya?
ye, mmg btol, klau salah tegur, tp klau wt bnde btol pn kne tegur then minx di hapuskan, kejadah pe?
nk tgk ank2 melayu terkial-kial dgr org ckp dlm bhse inggeris?
nk bia org kutuk kte dlm bhse inggeris?
nk org tipu kte?
pikirla..
klau nk suruh rakyat kuatkan bhse inggeris mrke sndiri ssh..
kerana kebanyakkan golongan yg begini adalah golongan melayu tipikal; maksudnya, tidak mahu maju kehadapan, masih lg terikat dgn sikap yg terlalu merendah diri, terlalu sopan dan santun. ye, mmg btol, kte harus jge adab merendah diri tp smpi ble?
dh kne pijk pn nk merendah diri?
mcm dlm cter labu labi, blkg berdegar-degar, dpn takot...
kejadah pe?
kte ank melayu, pntg dicabar...
seharusnya menerima cabaran, bknnye menolak cabaran dn tidak merintaginya pn..
pikirla...

Alamat Perhubungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu
KM 11 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-61861701
Fax : 603-61871512