Tuesday, January 27, 2009

SMK Sungai Pusu @ Sekolah Kluster

Sekolah bestari dinaik taraf

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
saifulizam.mohamad@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Sekolah bestari akan dinaikkan taraf kepada sekolah kluster jika mencatatkan pencapaian cemerlang dari segi prestasi akademik dan kokurikulum.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, salah satu sekolah bestari yang akan dinaikkan taraf kepada sekolah kluster tidak lama lagi ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di Gombak.
Menurutnya, dengan kesediaan kerajaan membuat perubahan seperti itu, beliau yakin tahap pencapaian bidang pendidikan di negara ini akan lebih maju dan gemilang.
Katanya, jika semua pihak mendokong cita-cita itu dengan bersungguh-sungguh, pencapaian Malaysia boleh dianjakkan sehingga setaraf dengan negara maju.
"Saya berharap pencapaian SMK Sungai Pasu akan dicontohi sekolah-sekolah lain. Mereka berjaya kerana wujudnya kesungguhan daripada semua pihak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sentuhan Kasihan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sungai Pusu dekat sini malam ini.
Dalam pada itu, Hishammuddin meminta semua guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran supaya pelajar di negara ini mendapat pendidikan yang terbaik.
"Inilah tujuannya kita mewujudkan sekolah bestari dan sekolah kluster selain beberapa sekolah yang lain, sebab kita mahu para pelajar cemerlang dalam apa jua bidang.
"Namun begitu, usaha ini tidak akan berjaya jika guru-guru gagal meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, saya menyeru mereka komited melakukannya dengan sebaik mungkin," katanya.

Petikan berita Utusan Online 26hb Januari 2009

Saturday, January 24, 2009

Kejohanan Merentas Desa 2009
















Kejohonan Merentas Desa SMK Sungai Pusu kali ke-10 telah diadakan pada hari Selasa bersamaan 20hb Januari 2009. Para peserta terdiri daripada beberapa kelas iaitu L1 dan P1 ( tingkatan 5 dan 4 ), L2 dan P2 ( tingkatan 3 ), L3 dan P3 ( tingkatan 2 dan 1 ).





Saturday, January 17, 2009

PPSMI

Komentar ini dipetik daripada blog seorang guru...

Cubalah kita renung-renungkan,

" Kenapalah ramai pakat marah kat PPSMI, semua pakat benci kat dia. Kesian. Dulu ramai jugak anak Melayu yang belajar di sekolah aliran orang putih. semua belajar dalam bahasa orang putih termasukkah profesor2 dan orang bijak pandai yang hari ini tak suka pada PPSMI. Anak melayu hari inipun nak pandai jugak, nak jadi orang bijak pandai jugak, dapat bersaing duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain yang memang dah cair orang putih. Supaya nanti kat U tak delah anak melayu terpinggir dek kerana tak mahir orang putih, asyik2 cari buku rujukan dalam bahasa melayu je, dapat dalam bahasa indonesiapun jadilah. Berilah peluang pada anak melayu genarasi hari ini yang bakal menjadi pemimpin masa depan untuk menguasai ilmu sains dan teknologi yang setanding dengan bangsa lain di dunia. tak kan hilang melayu kerana belajar bahasa orang putih. Melayu tetap Melayu, tapi kita tidak perlukan melayu yang hanya pandai bercakap dan menkritik tetapi tak mahu bersama-sama membangun bersama melayu. Sedarlah melayu kini dah jauh ketinggalan, melayu gah kerana masih memegang tampuk kepimpinan negara. kalau tak kerana tu dah lama melayu hilang. tapi sampai bila melayu hanya nak hidup dengan politik. Tak kah kita mahu melayu hari ini dan akan datang gah di bidang kedoktoran, kehakinam, kejuruteraan, ekonomi, dll.Maaflah kerana saya sedih melihat PPSMI yg dicemuh, dipersalahkan, seolah-olah tak ada satu kebaikanpun yang dibawanya. Sedih kerana melayu sendiri yang tak mahu melihat melayu maju. bangsa lain senyum sinis dan bertepuk tangan melihat melayu bertelagah pasal PPSMI, seolah-olah tak ada isu lain yang hendak diperjuangkan. Itulah Melayu mudah lupa....".

Apa pendapat anda setelah membaca komentar ini?

Friday, January 16, 2009

Majlis Makan Malam Sentuhan Kasih


Alamat Perhubungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu
KM 11 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-61861701
Fax : 603-61871512