Saturday, May 30, 2009

Musim Cuti, Hari Kecemerlangan dan Musim Kahwin

Cuti sekolah dah bermula hari ini. Musim yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan pelajar dan guru,... untuk berehat. Tapi bagi pelajar ting. 3 dan 5 terpaksalah berkorban sikit demi meraih sebuah kejayaan.

Cuti sekolah ini juga memberi peluang terbaik untuk menguruskan majlis kenduri kahwin, khasnya buat guru-guru. Termasuklah Cik Norhashimah kita yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 6 Jun ini di Kelantan. Kami warga SMKSP mengucapkan "Selamat Pengantin Baru".

Bukan setakat itu sahaja, anak-anak kelahiran SMKSP juga dah ada yang mendirikan rumah tangga. Masihkah anda ingat akan gadis comel Badriyatul Munirah, Esok 31 Mei adalah hari menamatkan zaman bujangnya. TAHNIAH ! Tak lama lagi akan lahir cucu-cucu SMKSP. Maklumlah dah sedekat usiamu SMKSP.

Hari ini diadakan, Majlis Anugerah Kecemerlangan 2009. TAHNIAH, buat pelajar yang berjaya. Tidak ketinggalah juga kepada panitia-panita yang menerima anugerah pada hari ini. Apa yang lebih menarik ialah Anugerah Guru Setia untuk guru-guru yang sudah sedekat (seusia) berkhidmat di SMKSP sejak tahun 1999. Antaranya ialah Pn. Hjh Noraizan, Pn. Hjh Muslimah, Pn. Maizatul Hasniah, Pn. Azrin Azrina, Pn. Rahmah, Pn. Rosmani, Us. Wan Baharuddin.

Wednesday, May 27, 2009

Kursus Team Building & Relationship






Bertempat di Teratak Hijjaz, Sungai Merab, semua guru dan staf SMK Sungai Pusu telah berkumpul untuk mengikuti Kursus Perkembangan Staf yang dianjurkan oleh PIBG SMK Sungai Pusu dengan kerjasama Unit Perkembangan Staf dan Badan Kebajikan Staf SMK Sungai Pusu.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini iaitu pada 15 - 16 Mei 2009 ini dilihat sebagai satu titik mula yang merangsang ke arah pembentukan satu "team building" dan hubungan yang baik dan positif di kalangann guru dan staf.

Semoga objektif kursus akan tercapai.

Monday, May 25, 2009

Demam 'Exam'



Musim peperiksaan pertengahan tahun dah hampir ke penghujung. Bagi pelajar-pelajar masa inilah nak 'sibuk' membaca. Mudah-mudahan berjayalah hendaknya. Tapi.....

bagi guru-guru bila habis 'exam' belum boleh merdeka lagi. Kena bersengkang mata lagi nak semak kertas, bagi kertas objektif mungkin tak le 'tension' sangat. Yang amat berat ialah kertas esei dan subjektif, lebih-lebih lagi BM dan BI. Kalau ajar satu kelas tak pe lagi, tapi kalau 3 kelas atau lebih, hai.... tau-tau je lah. Musim cutipun kena 'marking paper'.

SABAR jelah cikgu !

Thursday, May 14, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari GURU buat semua guru yang sedang berkhidmat
di SMK Sungai Pusu, dan untuk semua guru di Malaysia.

Alamat Perhubungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu
KM 11 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-61861701
Fax : 603-61871512